APIZ.net4.0
Filthy Little Secret - “Where Info & Entertainment Gathered” - I Share what I got, I give what I have, I tell what I know.

Petua Merancang Jantina Anak

Posted by : HaFiZ Category : Article, Info No Comments

Saya mulakan entry baru sempena tahu baru 2009 ini dengan tajuk “Petua Merancang Jantina Anak“..Petua yang amat berguna bagi ibubapa…

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah petua yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Continue Reading ⇒




Hati Hati Melawat Orang Meninggal

Posted by : HaFiZ Category : Info, Story No Comments

Bacalah. Mungkin ia berguna untuk masa hadapan. Jadikan pengajaran & iktibar… :)

Walaupun kita digalakkan menziarahi jenazah..namun berhati-hatilah. Beringat sblm kene… ingatlah orang tersayang…please take note of this for our on good….org tua-tua used to say…bila balik from melawat org meninggal, terus ke bilik air, cuci muka, rehat sebentar baru tegur anak2 dirumah.

Continue Reading ⇒




7 Perkara Yg Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi

Posted by : HaFiZ Category : Info No Comments

Perkara terbaik yang Anda patut lakukan di waktu pagi, adalah :

1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab Anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, Anda masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang Anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang Anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga Anda ia mudah turun. Kesannya, Anda jadi tak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

Continue Reading ⇒




3 Tanda Kekotoran Hati

Posted by : HaFiZ Category : Info, Religion No Comments

1. Dengki

Amat cepat dengki dengan kemajuan orang lain. Bukan sekadar cemburu, tapi berusaha menjatuhkan sesiapa saja yang didengki olehnya. Orang sebegini bijak bersandiwara.

2. Tamak

Asyik mahu membolot semua kelebihan yang ada, merasa dia lebih layak mendapat lebih berbanding orang di sekelilingnya.

Orang yang tamak tak pernah bersyukur, bahkan mereka merasa nikmat yang ada masih belum cukup. Oleh kerana itu, mereka sentiasa berusaha membolot hak milik orang lain dengan apa cara sekalipun, tak kira dengan walau caranya haram.

Continue Reading ⇒




50 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia

Posted by : HaFiZ Category : Info No Comments

50 Tokoh Paling Berpengaruh Dalam Sejarah Dunia :-

1) Nabi Muhammad SAW
- Nabi umat Islam yang paling agung

2) Isaac Newton
- Ilmuwan agung , antara penemuan terpenting Newton adalah dalam bidang mekanik , pengetahuan tentang pergerakan sesuatu jasad.

3) Nabi Isa A.S
- Antara 25 Rasul bagi umat Islam & punca terjadinya agama Kristian

4) Buddha
- Ajaran Buddha

5) Confucius
- Ahli falsafah Cina yang teragung

6) St. Paul
- Pengikut Nabi Isa A.S dan penyebar utama ajaran Kristian

7) Ts`ai Lun
- Pencipta kertas

8) Johann Gutenberg
- Pencipta percetakan (mesin cetak)

9) Christopher Columbus
- Orang yang menemui Amerika

10) Albert Einstein
- Saintis teragung abad yang ke - 20

Continue Reading ⇒




Khasiat Biji Sawi

Posted by : HaFiZ Category : Info No Comments

Biji sawi yang sering dicampurkan bersama rempah ratus ke dalam masakan sebenarnya memiliki kelebihan yang tidak diduga jika dibandingkan dengan kekerdilan saiz bijian itu.

Menurut Imam Abu Hanifah, biji sawi boleh menyembuhkan penyakit serta menghilangkan kesan penyakit. Kenyataan ini diceritakan oleh Rasulullah SAW. Hadis daripada Ibnu Abbas daripada Rasulullah SAW sesungguhnya baginda bersabda,” Apakah dua perkara yang dapat menyembuhkan sesuatu? lalu baginda menjawabnya sendiri: biji sawi dan sifat sabar”. Wujud percanggahan di antara ulama tentang kesahihan hadis ini, ramai yang mengatakan ia sebuah hadis dhaif. Namun begitu Ibnu Taiyim seorang ulama yang pakar perubatan telah menghuraikan khasiat-khasiatnya di dalam kitab Ath-Thibbun Nabawi :-

01. Memanaskan tubuh badan
02. Melawaskan perut dan melicinkan salur tahi perut
03. Mengeluarkan cacing daripada perut
04. Mengelakkan bengkak limpa
05. Mengikis kudis bernanah
06. Meransang nafsu syahwat
07. Mengelakkan sesak nafas
08. Menambah selera makan
09. Mengikis kekotoran dan kesat pada limpa
10. Membersihkan paru-paru
11. Melancarkan pengaliran darah haid
12. Mengeluarkan peluh daripada liang peluh yang tersekat
13. Menghilangkan rasa lenguh atau bisa pada pangkal peha
14. Melapangkan paru-paru dan daripada lendir yang melekat
15. Jika diminum dengan campuran biji sawi yang digiling, ia dapat membantu menyembuhkan penyakit sopak
16. Jika disalut dengan madu, seterusnya ia dimakan dapat meredakan bengkak pada limpa
17. Jika dicampur dengan air dan diminum ia dapat memasakkan sebiji bisul yang tumbuh




4 Unsur Dalam Tubuh Manusia

Posted by : HaFiZ Category : Info No Comments

Atas kehendak ALLAH SWT, sifat-sifat yang ada dalam manusia terdiri dari 4 unsur berikut;

Amarah berasal dari unsur api. Kemahuan berasal dari unsur angin. Cita-cita dari unsur air dan sabar dari unsur bumi.

Begitupun pancarindera manusia berasal dari 4 unsur itu. Telinga dari unsur api, mata berasal dari unsur air, hidung dari unsur angin dan mulut dari unsur tanah.

Secara objektifnya boleh dibuktikan secara pemahaman akal fikiran.

Telinga:
- Dapat mendengar pujian dan celaan atau kata-kata nista orang lain dan disebabkan itu, kita boleh menjadi marah dan tersinggung. Sebaliknya jika seseorang menjadi ramah dan gembira apabila mendengar perkataan dan pujian yang baik dan menyenangkan hati.

Continue Reading ⇒




Kelebihan Mandi Songsang

Posted by : HaFiZ Category : Article, Info No Comments

“Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya.”

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

Continue Reading ⇒




Rahsia Di Sebalik Pergerakan Seorang Lelaki?

Posted by : HaFiZ Category : Info No Comments

Tidak sukar untuk mengenali lelaki. Jika kita tahu menilai pergerakannya kita pasti akan tahu diri lelaki itu. Pada lelaki tingkahlakunya lebih memberi makna daripada kata-katanya terutama apabila dia sedang berbual dengan wanita.

Mengganggukkan kepala
Apabila anda berbual dengan seorang lelaki dan dia menggangguk- anggukkan kepalanya itu membuktikan yang lelaki itu seorang yang mengambil berat dan sentiasa ingat mengenai diri anda. Dia juga sentiasa membantu bila diperlukan pertolongan.

Mendekatkan badan
Apabila seorang lelaki mendekatkan badannya kepada diri anda bila berbual dengannya, dia adalah lelaki yang menarik dan mampu menarik ramai orang lain tetapi kadang-kadang bersikap keterlaluan.

Merenung
Lelaki ini jenis peminta kerana dia mahu mengetahui apa yang anda boleh tawarkan kepadanya sama ada dalam pekerjaan, persahabatan atau cinta.

Continue Reading ⇒




10 Kesalahan Jatuh Cinta

Posted by : HaFiZ Category : Info [4] Comments

Jatuh cinta memang berjuta rasanya. Biasanya orang yang sedang jatuh cinta memang cenderung “buta”. Tidak jarang orang yang sedang jatuh cinta melupakan hal-hal mendasar yang sebetulnya penting untuk diperhatikan.

Berikut ini 10 huraian kesalahan yang kerap dilakukan ketika seseorang jatuh cinta :

1. Menciptakan hubungan asmara tanpa membangun persahabatan dengannya. Mungkin Anda memang benar jatuh cinta padanya, tapi jangan lupa luangkan waktu sedikit banyak untuk mengetahui atau memperhatikan apa yang sesungguhnya ia inginkan atau ia perlukan. Sisihkan waktu untuk mempelajari kepribadiannya, bukan hanya fisik semata.

Continue Reading ⇒